team1

thist

1. Apakah thist?
Thist adalah platform e-commerce yang dibina dari enjin WordPress + WooCommerce, serta tersedia terus dengan Online Payment Gateway senangPay yang membenarkan peniaga menerima pembayaran dari pelanggan melalui kad kredit/ debit atau FPX Online Banking seperti Maybank2u, CIMB dan lain-lain.

2. Bagaimana thist berfungsi?
Anda daftar senangPay. Kemudian daftar thist dengan pilihan theme sedia ada. Anda login dan boleh terus meniaga kerana bab WordPress + Woocommerce kami sudah selesaikan. Jika anda ada theme sendiri, kami boleh tolong install dengan caj serendah RM20.

3. Adakah thist sebuah shopping cart?
Ya, dan malah lebih dari itu.

4. Boleh saya guna thist selain dari shopping cart?
Ya. Anda boleh guna thist untuk laman web derma, kelab, beli tiket dan apa jua yang anda mahu. Apa saja yang WordPress + WooCommerce boleh buat, thist tumpang sekaki.

5. Adakah thist sama dengan Shopify atau Ecwid?
Umumnya lebih kurang sama, tapi jauh lebih murah.

6. Bagaimana dengan URL thist saya?
Masukkan nama perniagaan anda, dan ia akan jadi begini (misalnya):
kedaisaya.thist.my

7. Bolehkah saya guna domain sendiri?
Boleh. Hubungi kami dengan buka tiket. Caj pemasangan domain adalah RM50, tidak termasuk harga domain.

8. Apa untungnya saya langgan thist?
Anda tak perlu fikir pasal installation WordPress + WooCommerce. Anda jimat hosting dan server. Anda jimat lagi duit untuk SSL. Anda jimat domain name. Anda bayar serendah RM1 sehari untuk kedai online anda. Gila punya murah.

1. Apakah senangPay?
senangPay adalah Online Payment Gateway Online Payment Gateway senangPay yang membenarkan peniaga menerima pembayaran dari pelanggan melalui kad kredit/ debit atau FPX Online Banking seperti Maybank2u, CIMB dan lain-lain.

2. Adakah senangPay sama dengan Molpay atau iPay88?
Umumnya sama, tetapi senangPay lebih murah dan 100% milik bumiputera.

3. Adakah saya kena daftar senangPay dulu untuk guna thist?
Ya. Anda kena daftar dulu dengan senangPay untuk mendapatkan Merchant ID dan secret key yang akan digunakan untuk setting thist anda.

4. Adakah saya perlu buat bayaran tambahan kepada senangPay?
Tidak. Pergi ke laman web senangPay dan daftar pakej yang paling murah.
5. Bagaimana kalau saya sudah mempunyai akaun senangPay?
Lagi bagus.

6. Berapa caj transaksi senangPay?
Sila rujuk senangPay untuk pengesahan. Tetapi setakat hari ini, caj transaksi adalah 3% untuk kad kredit / debit manakala RM1.50 untuk FPX Online Banking.

7. Bolehkah saya guna thist kalau saya sudah ada akaun Molpay atau iPay88?
Tidak boleh.

8. Bolehkah saya guna thist kalau saya ada PayPal?
Boleh.

Akaun

1. Kalau saya ada banyak perniagaan, berapa akaun thist yang saya perlu?
Anda perlu daftar satu akaun untuk setiap perniagaan tersebut.

2. Adakah saya dapat diskaun untuk akaun yang seterusnya?
Tidak.

3. Berapa lama tempoh langganan akaun thist saya?
User boleh memperbaharui tempoh langganan dari 30 hari hingga ke 360 hari. Tak semestinya perlu renew setiap bulan.

4. Adakah saya perlu buat bayaran untuk memperbaharui akaun saya selepas 365 hari?
Ya.

5. Boleh saya pindahkan akaun thist saya kepada orang lain?
Tidak.

6. Saya dah pakai thist 3 hari tapi saya nak batalkan langganan saya. Boleh saya dapat refund?
Tidak.

Harga

1. Berapa harga langganan thist?
RM30 untuk 30 hari.

2. Boleh saya bayar thist untuk 5 tahun terus?
Boleh. Sila buka tiket dan beritahu kami.

3. Boleh saya tahu ada berapa pakej untuk thist?
Boleh. Satu sahaja.

4. Berapa harga langganan logo_senangPay?
Sila rujuk logo_senangPay untuk pengesahan. Namun buat masa ini, langganan logo_senangPay adalah RM100 setahun.

5. Berapa caj transaksi logo_senangPay?
Sila rujuk logo_senangPay untuk pengesahan. Tetapi setakat hari ini, caj transaksi adalah 3% untuk kad kredit / debit manakala RM1.50 untuk FPX Online Banking.

Theme & Design

1. Boleh saya ubah theme sedia ada kepada theme yang lain misalnya theme yang saya beli sendiri dari Themeforest?
Boleh. Cuma anda perlu bayar kos pemasangan theme sebanyak RM20 jika anda tidak tahu cara tukar theme. Anda boleh tukar sendiri jika anda tahu.

2. Berapa banyak theme yang thist ada?
Banyak juga. Boleh rujuk sini untuk senarai theme. Kami tambah theme dari masa ke semasa.

3. Adakah theme yang thist sediakan responsive kepada mobile?
Sudah semestinya.

4. Katakan saya ada theme yang saya dah beli tetapi saya tak pandai nak customize. Boleh thist bantu?
Boleh. Sila rujuk thist buddies untuk bantuan. Caj tambahan khidmat mereka adalah antara anda dan mereka.

Teknikal

1. Apakah platform yang thist guna?
thist menggunakan platform WordPress + WooCommerce.

2. Kenapa thist guna WooCommerce?
WordPress + WooCommerce adalah enjin eCommerce paling popular di dunia, paling stabil dan paling mudah digunapakai.

3. Adakah saya memerlukan programmer / designer tambahan jika saya langgan thist?
Tak perlu.

4. Boleh saya tambah plugin lain di thist?
Boleh. Sila beritahu kami melalui tiket dan caj pemasangan adalah RM10 untuk satu plugin.

5. Adakah saya perlu langgan SSL berasingan?
Tidak perlu.

Khidmat Pelanggan

1. Adakah thist mempunyai khidmat pelanggan?
Ya. Kami sediakan tiket untuk anda tanya apa jua.

2. Boleh saya dapat nombor telefon untuk hubungi thist?
Maaf. Kami tidak menyediakan khidmat pelanggan melalui telefon untuk kekalkan harga thist paling murah.

3. Berapa cepat response tiket khidmat pelanggan thist?
Dalam masa 2 hari.

4. Adakah khidmat pelanggan termasuk hari sabtu dan ahad atau hari cuti?
Tidak. Kerana keluarga dan kucing kami juga perlukan perhatian.

5. Saya malas buka tiket. Boleh saya hubungi thist melalui facebook?
Boleh.

6. Boleh saya hubungi thist dalam bahasa inggeris?
Boleh. Jika anda guna bahasa selain Bahasa Melayu dan Inggeris, kami akan guna google translate dan harapnya tidak ada salah faham.

Maklumat Lanjut

1. Saya ada lagi 8 ribu soalan. Macam mana?
Sila buka tiket dan kami akan jawab semua 8 ribu soalan itu.

2. Tapi saya macam malas nak taip 8 ribu soalan tu. Boleh saya datang ofis thist?
Boleh, sila buka tiket untuk temujanji.

3. Saya ada idea baik punya untuk kerjasama dengan thist.
Boleh, sila buka tiket untuk temujanji.

4. Boleh saya promosi thist kepada kawan-kawan saya?
Boleh.

5. Ada imbuhan tak kalau saya promosi thist pada kawan saya?
Kami doakan anda kaya raya, sihat dan kalau anda belum kahwin, kami doakan anda bertemu jodoh dengan awek cun yang baik atau balak kacak yang ohsem.

5. Boleh saya batalkan akaun thist saya?
Akaun akan terbatal secara automatik apabila langganan tamat.